Thursday, February 26, 2009

Gula-gula pun jadi...

Alahai, puak-puak ni macam dah takdak cara lain tuk tarik undi. Gula-gula pun dia nak jadikan bahan kempen.



Kalau dan salah tu akan tetap bersalah. Bangkai dinosor mane nak leh tutup guna daun pisang.

Sunday, February 8, 2009

KHAS BUATMU

Lompat si katak lompat
Lompat tinggi-tinggi,
Lompat Jamal lompat,
Lompat keluar parti.

Lompat tinggi-tinggi,
Masuk dalam perigi,
Lompat keluar parti,
Gadai maruah diri.

Bilangan ADUN Perak
27 - UMNO
17 - DAP
6 - PAS
5 - KeADILan
3 - KATAK
1 - MCA

Friday, February 6, 2009

Sekitar Masjid Ubudiyyah

Ribuan umat berkumpul di perkarangan Masjid Ubudiyyah

FRU menggunakan bom asap

Orang ramai tidak berganjak demi Kedaulatan Islam

Inilah situasi sebenar ketika di Masjid Ubudiyyah Kuala Kangsar. Suasana yang tidak menentu disebabkan perlakuan UMNO yang mengkhianati demokrasi. Mudah-mudahan Allah tunjukkan kepada mereka kebenaran yang sebenar.

Pesanan Hj Nizar Kepada Staf SUK

Bismillahirohamanirahim,

SAYA ingin sampaikan salam kepada semua kakitangan kerajaan negeri yang selama ini telah memberikan khidmat cemerlang sepanjang saya menerajui kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Saya ingin berpesan kepada kalian agar meneruskan kerja-kerja baik yang telah dilaksanakan sepanjang 11 bulan yang lalu. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dengan kejayaan yang lebih besar kerana saya yakin pertolongan daripada Allah makin hampir.

Saya bersyukur semasa hadir ke SUK hari ini dan selepas mendengar arahan Setiausaha kerajaan negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim, saya amat terkejut dengan sikap beliau itu.

Ia merupakan pertama kali beliau bersikap begitu sepanjang saya menjadi Menteri Besar dan saya yakin Dr Abdul Rahman akan menjadi penyebab kejatuhan kerajaan BN selepas ini.


YAB Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin
Menteri Besar Perak

Thursday, February 5, 2009

Murahnya Harga Diri

Mungkinkah rakyat muak untuk mengundi terutama pengundi atas pagar. Ini kerana mereka mungkin takut tertipu dengan tindakan wakil-wakil rakyat yang menang tetapi selepas itu melompat parti.

Saya bimbang situasi ini akan menyebabkan mereka sudah tidak yakin lagi kepada calon-calon parti tertentu yang bertanding pada setiap kali pilihanraya.

Apa yang pasti rakyat dapat melihat bagaimana kuat dan jitunya pegangan dan akidah politik wakil-wakil rakyat PAS yang tidak seorang pun dapat dibeli dan diugut oleh BN. Dalam kes Kelantan pada PRU 11 umpamanya Barisan Alternatif Kelantan berjaya membentuk kerajaan negeri dengan hanya majoriti satu kerusi. Kerajaan ini berjaya dipertahankan walaupun hanya dengan satu majoriti.

Malangnya kerajaan negeri Perak yang mempunyai majoriti 3 kerusi gagal dipertahankan gara-gara pembelotan 3 ADUN yang semua orang sudah maklum.

Oleh itu PR mesti mengembalikan kepercayaan rakyat terutama pengundi atas pagar supaya memastikan calon-calon yang benar-benar layak dan berintegriti sahaja dibenarkan bertanding. Jangan kita berebut-rebut untuk bertanding tetapi selepas menang wakil-wakil rakyat kita dibeli oleh parti yang jahat dan tidak bertamadun ini.

copy-paste dari www.mutaligat.blogspot.com

Ana pernah bersama Pak Ndak Imam Khalili, katanya harga orang yang melompat parti kerana dibeli (rasuah) lebih murah daripada seekor lembu walaupun harga yang dibayar berjuta-jura ringgit. Malah tiada harga langsung. Jika lembu masih banyak manfaat yang kita perolehi tetapi golongan ini langsung tidak boleh dipakai. Apakah alasannya kita sama-sama fikirkan.

PERAK: MASA UNTUK BERMUHASABAH

Alhamdulillah, Allah memberikan kita kesempatan untuk duduk sebagai pentadbir negeri Perak walaupun hanya kurang lebih sebelas bulan sahaja. Namun begitu kini suatu perkara yang sangat-sangat tidak kita jangkakan telah berlaku. Sekaranglah masa yang paling sesuai untuk bermuhasabah selepas kita semua lena dibuai mimpi setelah menang dengan majoriti hanya tiga 3kerusi.

Jika kita lihat sebenarnya kemenangan di Perak memang tidak dijangkakan langsung. Dan menurut analisa memang kita tak layak pun untuk menang dengan sekadar usaha yang kita lakukan. Tidak seperti di Kelantan, Kedah dan Terengganu. Namun begitu Allah tetap memberi kemenangan kepada kita. Ana bersetuju dengan kata-kata Ustaz Syuaib Din bahawa kemenangan ini hanyalah sekadar satu ujian untuk kita.

Kita boleh lihat sendiri baik penyokong mahupun pendokong telah mula lari dari prinsip perjuangan asal kita. Dari menolak rasuah kepada menerima rasuah, dari aktif menjadi pasif dan segala-galanya. Usrah-usrah telah tiada, tanggung jawab mula diabai, malah telah mula bibit-bibit perpecahan.

Alhamdulillah, Allah berikan kepada kita satu kejutan agar kita yang semakin lalai dan sedang tidur ini bangkit semula. Ingatlah sesungguhnya Allah boleh buat sesuka hatiNya.
So, sebagai seorang penyokong dan pendokong kita perlu redha dan sabar dalam menghadapi situasi begini. TETAPI dalam masa yang sama perlu sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dan perlu membuat perancangan teliti bagi membolehkan Islam dapat dipertahankan. Jangan abaikan doa kerana itulah senjata mukmin. Buat masa ini kita perlu sentiasa peka dengan perkembangan dan arahan pimpinan dan jangan sekali-kali kita menjadi lemah dengan peristiwa ini. Tujuan kita berjuang bukan kerana pangkat, harta atau kerajaan tetapi kerana inilah perjuangan kita dalam memastikan Islam sentiasa di kemuncak.

Kepada pimpinan kami, kami sentiasa menyokong anda semua.
MUDAH-MUDAHAN ALLAH MUDAHKAN URUSAN KAMI DALAM MEMPERJUANGKAN ISLAM.
ALLAHUAKBAR.

Wednesday, February 4, 2009

Ya Allah Selamatkan Perak

Senjata orang mukmin adalah doa dan munajat kepada Allah. Setiap kali kita ditimpa musibah hanya Allah tempat mengadu dan berserah. Itulah antara intisari ucapan AJK PAS Pusat Mazlan Aliman pada ceramah umum di Felda Bukit Senggeh malam tadi.

"Kita ada bukti lengkap bahawa ADUN-ADUN PR diugut, dijanjikan dengan pelbagai tawaran dan macam-macam lagi taktik kotor BN".

"Segala kerja jahat ini akan kita adukan kepada Allah dengan air mata kita, Insya Allah munajat kita akan diterima Allah dan balasan setimpal bakal diterima oleh BN" tegas Mazlan.

Menurutnya terlalu banyak hikmah dan pengajaran yang diperolehi dari rentetan kejahatan BN ini.

Selain itu rakyat Perak sudah pasti membezakan corak pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat dengan kerajaan BN.

"Jika BN berjaya dengan perancangan jahatnya kali ini, Insya Allah mereka akan dihukum pada PRU ke 13 nanti" ujar Mazlan yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Johor.

Copy-Paste dari www.mutaligat.blogspot.com

Al-Quds: Inilah Sumbangan Kami

Ketika Di Pasar Malam Sungkai

Kanak-kanak Turut Menderma

Bersama Imam Khalili Yang Banyak Membantu

Ketika Di Sukan Rakyat Kampung Slim

Mudah-mudahan segala usaha yang kami lakukan adan memberi sedikit impak pada perjuangan ini.

Allahhuakbar