Friday, June 26, 2009

Ustaz Fauzi Calon Pas

Akhirnya malam tadi Tok Guru Nik Aziz telah mengumumkan Fauzi Abdullah sebagai calon Pas bagi kerusi Manek Urai. Beliau yamg merupakan seorang pemborong ikan telah diamanahkan sebagai Bendahari Pas Kuala Krai.

Untuk rekod Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akibat pelbagai komplikasi.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

Umno pula akan mengumumkan calonnya malam esok.

Apa yamg pasti pastinya persaingan sengit akan berlaku.

p/s aku nak sangat pi sana tengok suasana pilihanraya kat kelantan. Tapi macam takde peluang je. Ada masalah la hee

Wednesday, June 24, 2009

Uwek!!! Nak Muntah

Orang sekarang semakin gila....

Sape nak makan dalam tandas sila la ke taipei. Itu kalau korang nak la. Aku tengok pun rasa nak muntah. Taktau la kalau korang berkenan.




Tuesday, June 23, 2009

Perak Selepas Manik Urai

Betul ke????

Itu hanya andaian dan ramalan Pengarah Pilihanraya Pas yang baru, Uataz Abdul halim. Betul atau tidak masih lagi menjadi persoalan kerana kuasa menasihat bukanlah ditangan kita. Tetapi apa yang pasti setiap jentera pilihanraya perlu di gerakkan segera, biarpun pilihanraya hanya akan diadakan 3tahun dari sekarang. Mengapa harus tunggu lagi??? Kenenangan kita bukan akan diperolehi dengan menunggu seperti menunggu buah rambutan gugur tetapi kita lah yang perlu untuk berusaha memetik rambutan tersebut.

Bak kata Ustaz Abdul Halim Jentera kawasan seperti tidak bersedia untuk menang di Bukit gantang sedangkan kebarangkalian untuk kita menawan semula perak dengan bilangan kerusi yang lebih besar adalah tinggi. Ini disebabkan oleh bilangan kerusi dengan majoriti dibawah 1500 undi adalah 10 kerusi. Malah beberapa kerusi hanya kalah dengan kurang 100 undi.

oleh itu bangkitlah semua Ansarullah. Bersedialah dengan segala-galanya. Mudah-mudahan Allah memudahkan urusan kemenangan Islam ini....

Terlerai Akhirnya...

Alhamdulillah akhirnya selesai sudah isu kerajaan perpaduan yang digembar-gemburkan oleh media massa. Tujuannya hanya satu iaitu untuk memecahbelahkan kesatuan pakatan Rakyat dan semalam segalanya telah berakhir.

Berikut adalah kenyataan media bersama pemimpin Pakatan Rakyat berhubung isu Kerajaan Perpaduan.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:


1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

Dato' Seri Anwar Ibrahim Dato' Seri Abdul Hadi Awang Lim Kit Siang.


Aku harap selepas ini tiada lagi isu-isu yang dibangkitkan oleh ahli dalam pakatan Rakyat berkenaan Kerajaan perpaduan tersebut.

Perjalanan Yang Tidak Sia-sia

Ya Allah dah lama aku tidak menulis. Bukan tiada isu tetapi disebabkan ketiadaan kemudahan internet memaksa aku tidak menulis hampir tiga minggu. Dan alhamdulillah hari ini aku berjaya pergi membuang masa di CC untuk terus menulis.

Sebenarnya aku sedang melepak di Poli. Walaupun dah habis belajar tapi aku masih setia di sini. Hehe. Tujuan asal hanyalah nak jumpa adik-adik yang carry modul je. Sekadar nak lepak sehari tetapi rupa-rupanya perjalanan ini tidaklah sia-sia. banyak urusan berjaya aku selesaikan.....

Bermula dari turun komuter(aku saje test komuter ke Tanjung malim)aku nampak poster ceramah Saifuddin Nasution. Haha terus call Abang amin dan keputusannya, unit amal dikehendaki turun pada malam itu(at least poli adala wakil)

Bila sampai ke poli, berjumpa pula dengan ustaz Abu dan kebetulan naim akan datang untuk bincangkan berkenaan MSK. dan secara tidak langsung aku berjaya menyetelkan beberapa urusan penginapan asrama untuk sem depan.

Itulah untungnya. bekerja untuk Allah pastinya Allah takkan sia-siakan kamu..