Sunday, August 30, 2009

Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia


Pakar ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini.

Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.
Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian, katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia.

Beliau juga ialah bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).

Bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian, antaranya, anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.

Kekalahan Kali Ke 7 BN di Semenanjung


Keputusan pilihanraya kecil N11 Dun Permatang Pasir berpihak kepada Pas yang menang dengan majoriti 4,551 undi.

Tahniah buat seluruh tenaga kerja serta penyokong Pakatan Rakyat memenangkan calon Pas, Ustaz Salleh Man.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pengundi Permatang Pasir yang telah membuat pilihan yang bijak dan tepat di dalam bulan mulia Ramadhan ini.

Keputusan Rasmi Prk N11 Permatang Pasir

Mohd Salleh Man (PAS) : 9618
Rohaizat Othman (BN) : 5067
Majoriti : 4551
Undi Rosak : 83
Jumlah keluar Mengundi ; 14,832 (73.1 %)

Jamratul Umno di Permatang Pasir

Biasanya kita melontar batu di Jamratul Aqabah, Jamratul Wusta dan Jamratus-Sughra. Tetapi di PRU Permatang Pasir sini juga, kita dapat menyaksikan aksi melempar batu walaupun musim haji belum tiba lagi. Mungkin boleh dinamakan Jamratul Umno!
Seorang anggota Pemuda Umno luka ringan di tangannya dalam satu insiden baling batu di Bukit Indera Muda, Permatang Pasir tengahari tadi.

Ketika sekumpulan 200 skuad bermotor Pemuda Umno dari Kubang Semang itu berhenti di tepi jalan untuk pemeriksaan polis sengaja menguatkan bunyi enjin motosikal mereka, menyebabkan terjadi perang mulut antara penyokong PAS dan Umno.

Tempat kejadian itu terletak kira-kira 50 meter dari pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Bukit Indah. Terdapat juga sebuah markaz BN berdekatan tempat itu.

Mari Mengundi Calon Kita


Pagi itu terlalu tenang, tidak seperti pilihanraya kecil yang lain yang mana selepas subuh berduyun-duyun peraih-peraih undi turun kelokasi masing-masing untuk menarik sokongan pengundi. Namun berbeza di Permatang pasir, seawall 7 pagi hanya polis yang ramai de sekitar tembat pembuangan undi. Pukul 8 pagi setelah pusat pembuangan undi di buka keadaan yang sama masih berlaku. Namun suasana yang sepi bertukar meriah apabila para penyokong semakin mendekati pusat pembuangan undi.

Pada dasarnya SPR telah berjaya kali ini untuk menjadikan PRK suatu yang ditakuti dengan mempergunakan seramai mungkin polis dan tentera disamping pelarangan pondok panas. Tapi walau apapun kami para pejuang tetap akan memeruskan perjuangan memenangkan Parti Islam Semalaysia. Takkkbirrrr

Berikut adalah gambar sekitar hari pembuangan undi selepas pukul 10 pagi.


Sekitar Penamaan Calon Permatang Pasir


Alhamdulillah hampir 10 ribu penyokong Pas berkumpul di Pesta penamaan calon Bagi Dun Permatang Pasir yang berlangsung di IKBN Bukit Mertajam. Walaupun berlaku sedikit kekalutan namun secara keseluruhannya ia berjalan dengan lancar. Pas telah nenamakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, ustaz saleh man sebagai calon, manakala calon Bn adalah Rohaizad Othman, SU Umno Permatang Pauh.








Fahami 4 Elemen Perjuangan

Setiausaha Agung PAS, Dato' Haji Mustafa Ali menegaskan ketika membentangkan kertas kerja dalam Majlis Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS di Markaz Tarbiyyah PAS Perak di Air Kuning, Taiping bahawa Ahli PAS perlu memahami empat elemen perjuangan parti agar mereka lebih memahami erti perjuangan parti. Empat elemen tersebut ialah dasar PAS yang tidak boleh berubah, memperkasa dan memperkukuhkan seluruh tenaga manusia yang menggerakkan perjuangan jamaah, penyusunan organisasi agar ia menjadi lebih cekap, taktik dan strategi yang berkesan.
Matlamat perjuangan PAS ialah politik dan dakwah di mana kedua-duanya mesti berjalan serentak. Ini amat penting kerana dakwah tanpa kuasa (politik) adalah tidak mencukupi dalam konteks mencegah kemungkaran berdasarkan hadith. Dengan kuasa, kita boleh mengubah apa sahaja dasar negara yang bertentangan dengan Islam.

Selain itu, para pimpinan dan ahli perlu melaksanakan 3K iaitu ketaqwaan, kecekapan dan kreativiti. Penyusunan organisasi pula amat penting kerana ia merupakan penghubung antara pimpinan atasan dengan ahli-ahli di peringkat bawah. Tanpa wujud organisasi maka amat sukar segala dasar dapat sampai ke akar umbi.

Taktik dan strategi boleh berubah mengikut suasana semasa sebagai mana yang dialami oleh PAS sendiri melalui ijtihad tahaluf as siyasi yang mana ia menyaksikan PAS kekal relevan di persada politik negara kerana melakukan kerjasama dengan pihak lain. Antara catatan sejarah tahaluf siyasi ini ialah pada 1974 - 1978 PAS bergabung dengan BN, 1990-1995 PAS bekerjasama dengan S46/APU di Kelantan, 1999 melalui GERAK/Keadilan dan 2008 wujudnya Pakatan Rakyat ang melibatkan kerjasama dengan PKR dan DAP.

Santai Bloggers Bersama PJ


Program Santai Bloggers anjuran Penerangan Negeri telah berjaya mengumpulkan lebih 30 Bloggers di sekitar Perak.

Dalam ucapan perasmian program PJ Ust Abu Bakar telah menyampaikan beberapa pesanan berupa garis panduan sebagai penulis blog Muslim yang bertanggung jawab.

"Dalam suasana kita tiada mempunyai kuasa dan media, adalah diharapkan, melalui penulisan blog,iaitu suatu pendekatan baru, maklumat kita akan dapat menembusi kekangan tersebut dan sampai ke akar umbi," jelas Ust.Abu Bakar.

Beliau menyarankan agar para blogger dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai supaya mereka peka dengan perkembangan dan ehwal semasa negara yang akan memberi semangat dan rangsangan bagi mereka untuk bersama dalam perjuangan kita.

Beliau turut mengingatkan tentang modus operandi Umno/BN yang suka melemparkan tuduhan-tuduhan liar sebagaimana yang pernah Rasulullah sendiri hadapi suatu ketika dulu.

"Ketika ini pun, musuh-musuh Islam akan terus menggunakan istilah-istilah yang sama seperti pembohong, pemecah belah masyarakat , gila dan seumpamanya untuk menyerang pemimpin dan perjuangan kita," terangnya lagi.

Beliau menggesa para blogger supaya meneruskan usaha mencari dan mengolah berita."Selagi berita tersebut ada fakta dan ada hujjah dan dalil, teruskan!" katanya menutup bicara petang itu.

Thursday, August 13, 2009

Asri Rabbani, Pergi Tak Kembali


Inna lillah wa inna ilaihi rajiun, itu sahaja yang boleh diucapkan dengan pemergian ustaz Asri bin Ibrahim. Beliau yang terjatuh di RTM di satu persembahan sempena sambutan Idulfitri pagi ini disahkan meninggal di Hospital Pantai jam 10.30 pagi.
Pemergiannya tidak disangka-sangkakan kerana tidak pernah tahu bahawa beliau sakit jantung. Saya mengenali beliau sewaktu masih kecil sebagai budak baik sewaktu mengajarnya di sekolah dahulu. Beliau adalah anak murid paling baik dan berakhlak. Tetapi setelah menjadi terkenal dalam kumpulan nasyid dia adalah rakan saya yang amat dikagumi.

P'raya kecil Pmtg Pasir bulan puasa


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir jatuhnya pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pilihanraya kecil kelapan ini dipanggil susulan kematian wakil rakyatnya, satu-satunya ADUN PAS di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir - satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.

Awal Ramadhan dijangka jatuhnya pada 21 Ogos.

Santai Bloggers

Lajnah penerangan PAS Perak akan mengadakan "Program Santai Bersama Bloggers" yang akan diadakan seperti berikut .

Tarikh/Hari : 15 Ogos/Sabtu

Jam : 3.00 Petang

Tempat : Kem Hanifa (Kebun Pak Kholil), Jenahang, Gopeng

Tetamu Kehormat : Pesuruhjaya PAS Perak dan AJK Harian PAS Perak

Dengan ini saya menjemput semua bloggers PAS untuk menghadirkan diri dalam program di atas. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Blogger Al Banjari Email : albanjari_online@yahoo.com dan No. Tel - 012 402 6129

Dulu Haram, Sekarang????


Jom kita tengok orang UMNO/BN jilat balik ludah dorang. Kali ni bukat setakat ludah, tapi sengan muntah-muntah skali dorang pakat jilat. Kalau suatu ketika dulu hampir kesemua media arus perdana bersama pimpinan Umno/BN sibuk menghentam Replika DSAI yang didirikan berhampiran simpang empat jalan Sungai Tua Batu Caves tapi kini apa yang anda saksikan adalah replika Najib yang lebih besar yang didirikan di dalam perkarangan kuil Batu Caves sempena sambutan 1 Malaysia di kuil batu caves dan menyambut kedatangan Najib pada ahad jam 4:00 petang.

Kalau ketika itu mereka dengan begitu lantang menyatakan para penyokong PKR memuja replika tersebut dan berbagai bagai lagi tohmahan kini apa yang berlaku??? Nampaknya dorang terpaksa mendiamkan diri. Apa tidaknya mereka sentiasa terpaksa menyorokkan muka ke dalam lubang cacing akibat malu diperlakukan oleh pimpinan sendiri.

Beberapa masyarakat india yang ditemui juga melahirkan rasa kecewa mereka apabila replika tersebut seakan membelakangkan dewa mereka...

Jika replika DS. Anwar diluar kawasan kuil jadi pertikaian, kali ini Replika Najib dalam kawasan kuil, apa pula jawapan pemimpin UMNO. Yang paling penting apa kata Tok Peti Perak tu…

Bersiap Tawan Perak


Himpunan 1 Black Perak yang dianjurkan oleh Dewan pemuda PAS Perak berjaya mencapai matlamatnya apabila Berjaya menghimpunkan lebih 2500 orang peserta dikalangan pemuda dan penyokong Pakatan Rakyat. Walapun terdapat sedikit gangguan oleh pihak polis dan FRU diawal program namun ia tidak mematahkan barang sedikit pun semangat para peserta program. Program yang diadakan di Markaz PAS Bagan Serai Masjid Tinggi berakhir dengan lancar dan aman.

Matlamat program tersebut ialah persediaan kearah penyusunan jentera pilihan raya pemuda untuk memantapkan organisasi pemuda seluruh negeri. Hitam merupakan tema himpunan kali ini dan ia mensasarkan seluruh pemuda yang cintakan demokrasi tulin kearah menegakkan keadilan untuk rakyat terutamanya di Perak.

Pimpinan yang hadir dikalangan PAS, PKR dan DAP iaitu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Haji Abu Bakar Hussein,YAB Menteri Besar Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Isteri , Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Haji Idris Ahmad, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust. nasharuddin Tantawi, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Sdr. Samsul Iskandar, ADUN Pakatan Rakyat, Drs. Khalil idham Lim (Titi Serong),Hj.Ramli Tusin(Gunung Semanggol), Hj. Hussin Din (Selingsing), Ab. Yunus Jamahri (Kuala Kurau), Sum Chiok Ling (Bercam), Ahli Parlimen Bagan Serai, Hj. Mohsin Fadli, dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Program yang berakhir pada tepat waktu zohor itu menampilkan pemidato seperti berikut :

1. Ketua pemuda PAS Perak
2. Pengarah Jentera Piliharaya PAS Perak, Hj. Asmuni Awi
3. Pesuruhjaya PAS Perak, Ust.Abu Bakar Hussain
4. Pengerusi pakatan Rakyat Perak,DS. Mohammad Nizar jamaluddin
5. Ketua AMNK, Shamsul Iskandar
6. Ketua penerangan PAS Pusat, Ust. Idris Hj.Ahmad
7. Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust. Nasharuddin Tantawi

Pada sebelah malamnya pula akan diadakan ceramah di empat zon yang telah ditetapkan iaitu Larut, Sungai Siput (U), Lumut dan Tanjung Malim. Penceramah-penceramahnya terdiri dari pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat dan juga negeri.




Macamana Polis, FRU solat ketika bertugas ?

Agaknya macamana Polis dan FRU menunaikan solat ketika bertugas ? Kalau askar pun boleh solat ketika dalam perang , takkan polis dan FRU tak boleh solat ketika bertugas ?


Seorang muslimat sedang solat dalam trak. Dari Blog Srikandi Melayu (Ibu & Isteri Mithali)


"Ketika kami sembahyang Zohor ditepi jalan, lori sembur kami dengan air asid. Pedih seluruh badan. Bila kami selesai sembahyang, polis pula tangkap kami dan paksa masuk dalam trak..." kata Puan M dari Kedah.

Harap-harap sahabat saya dalam BAKA PDRM buat kursus solat ketika bertugas untuk saudara seIslam dan sebangsa kita dalam PDRM.

Juga harap-harap sahabat saya dalam Jemaah Tabligh banyak buat gash, tasykil dan bayan di surau-surau dan masjid-masjid PDRM. Kalau Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dah iktiraf Jemaah Tabligh takkan PDRM tak boleh iktiraf ?

HIDUP DI DUNIA TAK SAMPAI SEKELIP MATA
HIDUP DI AKHIRAT KEKAL SELAMA LAMANYA


Copy and paste dari Cina Islam.

Kumpulan Merah-Hitam Kuasai Bandaraya


Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).Malah ada yang menganggarkan sehingga 80,000 orang.
Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Mereka mula berkumpul jam 2 petang di tempat-tempat berkenaan dan anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), yang bertindak meleraikan orang ramai, termasuk menangkap.

Polis bertindak menutup semua jalan menuju ke pusat bandar dan ke Istana Negara sejak awal pagi ini.

Akibat kawalan keselamatan ketat, GMI gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, wakil kumpulan pro-ISA, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, dapat menyerahkan memorandum mereka kepada pengawal Istana Negara.
Perhimpunan itu berakhir pada jam 3.45 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Dipercayai hampir 500 orang ditahan.

Dalam sidang petang tadi, pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa 100,000 orang menghadiri perhimpunan hari di beberapa tempat di tengah-tengah ibu kota.

Manaka Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan pula menganggarkan kira-kira 80,000 menyertai perhimpunan hari ini.






Pilihanraya ke-3 Di Permatang Pauh

Penggal ini merupakan cabaran besar kepada BN. Sudahlah menang dengan hanya majoriti mudah, kini mereka sentiasa dibayangi ketakutan akibat kekalahan demi kekalahan di dalam pilihanraya Kecil yang diadakan. Kini biarpun baru 1 tahun 5 bulan selepas PRU ke 12 namun telah 7 PRK diadakan dan PRK ke 8 akan diumumkan tidak lama lagi. Dan apa yang lebih menggusarkan hati mereka PRK tersebut akan diadakan di dalam kubu kuat PAS sejak dulu lagi. Pas hanya kalah ketika mana Anwar Ibrahim bertanding di Parlimen Permatang Pauh Mewakili BN dan kini ia kembali dimenangi PAS. Itulah dia kerusi DUN Permatang Pasir.

Dun Permatang Pasir kosong setelah penyandangnya Dato’ Hamdan Abdul Rahman yang juga bekas Pesuruhjaya negeri meninggal dunia 31 julai yang lalu. UMNO Pulau Pinang telah menyuarakan keinginan mereka untuk bertanding manakala di pihak PAS pastinya mereka akan sedaya upaya untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Perjalanan Terakhir…


Ribuan umat islam terutamanya penyokong Pas mengiringi Jenazah ADUN Permatang Pasir Allahyarham Dato’ Hamdan Abdul Rahman yang meninggal Dunia subuh jumaat lalu 31 julai akibat sakit jantung.

Beliau yang memenangi pilihanraya Dun Permatang Pasir bagi tiga penggal berturut-turut merupakan seorang yang komited dengan perjuangan dan dekat dengan rakyat. Jadi tidak hairanlah walaupun telah uzur sebelum PRU ke 11 beliau tetap diminta untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya. Dan beliau sekali lagi diminta bertanding dalam PRU ke 12 yang lalu dan ianya membuahkan kejayaan yang gemilang.

Semoga Allah menempatkan beliau bersama orang-orang yang soleh Al-fatihah….

Tugas Pertama: Mobilasi Himpunan Bubar Dun


Dewan pemuda Pas Perak telah mencatur satu himpunan mendesak agar dibubarkan Dun Perak yang mana aku telah ditugaskan untuk memobilasi seramai mungkin anak muda di kawasan Tanjung Malim untuk ke himpunan tersebut.

Cabaran telah diberikan dan pastinya akan ku sahut. Target aku hanya 70orang dan dari maklum balas seramai 90 orang pemuda dari semua cawangan di Kawasan Tanjung Malim akan turun.

InsyaAllah segalanya akan berjalan lancar dihari tersebut. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kami dalam memperjuangkan Islam….

Akhirnya Aku Terima Lamaran Itu…

Alhamdulillah, Segalanya telah tertulis yang aku akan terus berada disini.

Akhirnya, setelah lama berfikir, menimbang baik buruk, fikirkan masa depan,aku terima juga lamaran Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjung Malim sebagai SUK. Dengan perasaan yang berbelah bahagi aku kuatkan jugak azam untuk berkhidmat disini. Ya mungkin sesuatu menunggu aku disini dan semua itu aku tak akan mengetahuinya sehinggalah perkara itu berlaku. Dan dengan restu mak abah aku pasti segalanya mengandungi suatu hikmah yang besar.