Monday, January 18, 2010

Tahniah Pro-M UMT


Ape-ape pun ana ucapkan tahniah kepada Pro-Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu yang berjaya menidakkan kewujudan Pro-Aspirasi kedangan kemenangan 11-1 dalam pilihanraya kampus semalam.

Mudah-mudahan semangat kebangkitan ini akan berjangkit ke UIAM dan seluruh IPT-IPT yang lain. Ana akan sentiasa bersama menyokong perjuangan kalian.

PSAS juga khabarnya akan mengadakan pilihanraya kampus tidak lama lagi. Kepada adik-adik semua bersedialah, kerana kami pihak alumni yakin kalian juga akan mengikuti kemenangan abang-abang di IPt-Ipt yang besar.Ana yakin dengan semangat dan kebolehan masing-masing pastinya dapat menarik sokongan ramai.

Friday, January 8, 2010

Keselamatan Negara Rapuh

Pegawai atasan tidak terlibat. Hanya pegawai bawahan....
Itulah hakikatnya kes kehilangan enjin Jet pemintas negara bak kata Peguan Negara...

Daripada kenyataan ini menunjukkan kepada kita beberapa perkara yang penting yang perlu kita perhalusi.

1. Keselamatan negara berada dalam tahap yang sangat-sangat lemah. Bagaimana mungkin pegawai bawangan yang dikatakan hanya seorang dua yang terlibat itu mampu untuk menggelapkan enjin jet tanpa pengetahuan pegawai atasan.

2. Mungkinkah pegawai atasan yang tidak terlibat itu tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan. apakah peranan mereka dalam memastikan keselamatan negara terjamin.Adakan mereka hanya sekadar makan gaji buta???

3. Pihak tentera perlu lebih serius dalam merekrut tentera takut-takut yang direkrut itu adalah ejen kepada bangsa atau negara asing.

4. pihak keselamatan perlu lebih peka dengan keadaan ini, jangankan hanya cekap menangkap orang yang berdemontrasi tetapi manusia-manusia yang mempunyai jaringan luar yang besar sehingga mampu menghilangkan enjin pesawat tanpa mampu dikesan ini terlepas begitu sahaja.

Begitu juga dengan kenyataan daripada seorang menteri yang mendakwa harga enjin tersebut hanya bernilai RM300000 dan bukannya seperti mana yang didakwa iaitu 50juta.

Jadi maknanya disini kalau sekadar kurang daripada 1juta ringgit tidak mengapalah jika hilang sekalipun. Tetapi kalau 50juta ia adalah perkara yang serius???

Pihak Jabatan Amal Kawasan Tanjung Malim memohon kepada pihak-pihak yang bertanggung jawab agar disiasat dengan telus bagi memastikan keselamatan negara berada ditahap yang terbaik.

-Firdaus Hj Muhamad -
Unit Penerangan dan Penerbitan
Jabatan Amal Tanjung Malim

UMNO Mudah Lupa

Wah wah wah kalau buka surat khabar arus perdana bukan main hebat lagi UMNO cuba untuk mempertahan Islam. Bagaikan pejuang sejati memburu syahid lagaknya. Setiap helaian akhbar pastinya dimuatkan kenyataan-kenyataan bantahan terhadap keputusan mahkamah membenarkan akhbar mingguan Katolik Herald,The Catholic Weekly, menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitan mereka.

Bermati-matian mereka mempertahankan Kalimah Allah tersebut tetapi sedarkah mereka sebenarnya merekalah yang banyak menghina Allah dengan mengenepikan segala hukum hakam dalam islam, tidak melaksanakan apa yang Allah suruh dan cuba membudayakan apa yang Allah larang....

Mereka cuba menyusahkan orang yang nak melaksanakan Amar Makruf seperti kes pemberian tauliah yang terlalu ketat, tetapi cukup lunak dengan golongan yang memperjuangkan mungkar seperti memperbanyakkan hiburan-hiburan melampau.

Tapi yakin lah tuan-tuan semua, sesiapa yang tidak ikhlas memperjuangkan agama Allah ini pasti Allah akan tunjukkan.Mereka ini sebenarnya hanya sekadar mahu memesongkan isu dalaman yang semakin hari semakin membusuk...

Alhamdulillah Hj Nizar Selamat



Keadaan kereta yang agak teruk kecederaannya


Keadaan Hj Nizar selepas kemalangan tidak membimbangkan


Hj Nizar Masih lagi tersenyum dan melambai.

Cuba bayangkan ketika melihat keadaan kereta sudah pasti terbayang dikepala bagaimana parahnya keadaan pemandu yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Tetapi Alhamdulillah Allah menyelamatkan tuan punya kereta daripada musibah yang berlaku. Hj Nizar hanya cedera ringan.

Gurau ketua pemuda Tanjung Malim, mungkin dengan keajaiban ini akan memyebabkan orang ramai terutama pengundi melayu memberikan sokongan yang kuat kepada PR.

YAB Dato Seri Haji Ir.Nizar Hero Perak Berjiwa Rakyat!

Dipetik dari : pemudapasparit.blogspot.com

"Dari saya langgar kereta tersebut,baik saya langgar pembahagi jalan"-Dato Seri Nizar.

Itu adalah ungkapan yang keluar dari mulut pemimpin rakyat ini.Beliau menyatakan bahawa sekiranya beliau terus melanggar kereta tersebut besar kemungkinan kecederaan kedua-dua pemandu akan lebih teruk dan menjadi lebih rumit.Jadi bagi mengelakan ia jadi lebih teruk Dato Seri sanggup gadai nyawa dan langgar pembahagi jalan.Dato Seri Nizar yang sememangnya tidak mempunyai ruang untuk mengelak kenderaan tersebut yang pada ketika itu membuat keputusan mempertaruhan nyawanya demi keselamatan semua.Sekiranya kenderaan Dato Seri tidak dilencongkan ke pembahagi jalan maka ia akan terus mengenai kenderaan tersebut yang pada ketika itu berkedudukan merentangi jalan dan pastilah ia akan mengakibatkan kecederaan dan kemalangan yang lebih teruk.

Dan Alhamdulillah akibat dari niat beliau itu maka tidak hairanlah mengapa Allah swt melindungi dan memberikan kekuatan kepada beliau sehingga mampu keluar sendiri dari kenderaan beliau dan mendapatkan bantuan untuk ke Hospital.

Apa yang kami rasakan satu sikap yang bukan semua mampu lakukan ialah Yakin dan Tenang.Dalam situasi begitu Dato Seri masih mampu membuat keputusan yang diluarjangka yang mana ia melibatkan nyawa beliau sendiri dan kerana bimbangkan keselamatan dan kecederaan yang bakal dialami orang lain sekiranya ia terjadi beliau mengambil risiko untuk mempertaruhkan nyawa nya..Inilah sifat seorang Pemimpin Rakyat..!

Kami mendoakan agar Dato seri kembali sembuh dan dapat berjuang kembali bersama-sama dengan Rakyat!