Monday, July 12, 2010

Ini Rupanya Peranan Ulama UMNO

Surat khabar hari ni sibuk memainkan isu yang telah dianggap sebagai ketinggalan zaman oleh Pas... isu kerajaan perpaduan masih lagi dianggap bom peledak sedangkan bagi Pas ia telah lama ditalkinkan..

Tokoh-tokoh Alama (baca Ulama') UMNO yang dipenghujung usia seperti Harusani masih lagi mengharap...

"Tidak boleh tidak, kita terpaksa mengakui masa depan Islam di negara ini terletak di tangan orang Melayu. Atas sebab itu saya dalam usia lebih 70 tahun ini tidak pernah berhenti berusaha selain berdoa untuk melihat orang Melayu benar-benar bersatu."

Mungkin dorang ingat orang-orang Pas ni bodoh macam dorang??? Setelah pujuk rayu pimpinan Umno tidak diendahkan mereka cuba membelai kembali pelacur-pelacur tua ini agar turut memujuk Pas...

Dan apa yang pasti pujuk rayu ini tidak akan termakan lagi oleh kami seperti mana yang telah ditekankan dalam muktamar agung yang lalu...

Malah bertahaluf dengan DAP lagi baik daripada UMNO. Yang ni yang Alamak-alamak UMNo tak habis Study... Dorang ada Ilmu tapi letak kat kepala lutut... Tu sebab sampai ke sudah tak nampak kebaikan DAP dan Keburukan UMNo. Pada mata mereka walaupun taik yang dimakan UMNo ia tetap suci dihati mereka...

Dalam pada itu Mahmud Zuhdi berkata, dalam konteks politik semasa, Pas harus bekerjasama dengan UMNO dan bukannya parti lain seperti DAP sekiranya parti itu mahu meletakkan Islam pada kedudukan yang tinggi.

Kalau UMNO nak buat dorang dah boleh buat tapi kenapa hanya nak tunggu Pas bersama dorang baru nak boleh letak Islam kat tempat tertinggi???

Alamak bangang memang sesuai dengan pemimpin penipu..

Jamal Oh Jamal

Haha bila terpandang benda ni aku pun terus teringat kat katak-katak politik yang telah menjahanamkan demokrasi malaysia yang memang telah sedia terjahanam ni...



Kome tengok la sendiri ape je yang di beri semua di bedalnya... Mmg perangai katak la

Thursday, July 8, 2010

Aku Terlibat Kemalangan Maut

Ya allah, Apalah nasib ku terlibat dengan kemalangan maut yang disebabkan oleh kecuaian ku sediri... Aku tak sanggup tuk mengingatinya...

Semalam selepas bergegas pulang ke pejabat untuk ambik kunci bilik aus yang tertinggal aku secara tak sengaja telah mengalami satu kemalangan yang membuatkan mangsa terus mati di tempat kejadian...

Aku betul-betul tak perasan dia ada kat depan mata... yang aku kesalkan kenapa bukan aku yang mati... kenapa dia??? Aku hanya bengkak di lengan kiri dan menyebabkan lenguh-lenguh satu tangan dan rasa macam nak demam.

Isk kesian kat lebah tu... tak pasal2 mati kene langgar dek aku. pastu siap sempat lagi dok sengat aku walaupun secara tak sengaja... Tu la sapa suruh melintas tak tengok kiri kanan.

Huhuhu Makkkk sakittt. Mesti pasni ada parut lagi. Aku ni jenis kulit tang tak tahan disengat. kat badan aku ni dah banyak parut-parut dek ksan sengatan lebah dan tebuan... huhuhu

Tuesday, July 6, 2010

Hampir Setahun Aku Di Sini

Sedar tak sedar 28 julai ni genap setahun aku bersama Pemuda Pas Tanjung Malim. Dan setahun ini jugak banyak sangat benda yang aku belajar... Tapi tak banyak yang aku sumbangkan... Aku tak tahu adakah hanya setahun aku di sini ataupun Allah akan tetapkan aku untuk terus disini...

Harapannya biar aku tetap bersama Pemuda Tanjung Malim.... Hati ku telah tertaut di sini walaupun kawasan lain tetap menunggu ku...

Ah... biarlah di mana pun... Apa yang pasti aku perlu tetap bersama Jemaah ini walau di mana bumi ku Pijak...

Masin Mulut ku...

kisah semalam...

Adik Afi nak belikan aku TV kat family mart... "Ala beli je, karang adik bayar la."
Hehe TQ adik. bahagia tul ada adik yang baik macam tu. Padahal blaja lagi je pun...

"Ala tak payah la, lagi pun abang dapat rasa dengan sepenuh keyakinan yang abang dah tak lama kat sini." jawabku dengan penuh yakin.

hehe Alhamdulillah 2 3 minit lepas tu aku dapat panggilan dari TNB suruh datang wat medical Checkup kat PJ.. Hahaha Ya allah sesungguhnya Engkau Maha Mendengar rintihan hamba-hambaMu walaupun aku yang meminta ini sering melakukan larangan MU...

TQ Allah...

Monday, July 5, 2010

Baju Baru???

Huhu banyak duit bang???

Yoo ooo tul la… beria beli baju baru padahal duit nak makan pun takde… mak dah lama tak dikirim duit… alih-alih beli baju harga RM140…

Haha kalau tau mak aku mesti kecewa dia. Anak yang paling bekira tetibe sanggup habiskan duit beli baju…

Tapi beli baju utang la… bayar bulan-bulan… Haha first time aku beli barang berhutang ni…

Amacam smart tak baju ni??? Baju ni bukan tuk suka-suka tapi khas tuk beramal kerana Allah… Doakan aku terus istiqamah bersama unit amal ni… walau berpindah tempat tapi Unit Amal tetap di hati…

Para peragawan sedang memperlihatkan baju baru Unit Amal

Muqayyam Ke Makan Ayam???

2 hari yang lalu aku berkesampatan untuk bersama-sama sahabat amal yang lain dalam program Muqayyam jabatan Amal Pusat yang berlangsung selama 2hari di Kebun Pak Kholil @ kem Hanifa, Gopeng…

Terima kasih kepada Pengarah Program, Tuan Ikram yang turut memberikan kepercayaan kepada aku untuk turut sama menjayakan program tersebut. Bukan mudah nak hendle program pusat ni… Risau pun ada… tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..

Namun begitu, perjalanan program tidak seperti yang dirancang… Matlamat memang tercapai… Santai sungguh.. hanya 34 orang peserta yang mendaftar dengan aku (aku ajk pendaftaran)… Program Muqayyam jadi program makan ayam… mana taknya, aya lagi banyak dari orangnya… cuba bayangkan 50 ekor ayam untuk 34 orang peserta…

Bukan setakat bakar je, siap goreng dan gulai lagi, huhu banyak tak banyak la… ape-ape pun program ni mmg best la…. Dengan keramahan Ketua Pengarah Amal pusat dan ALP nya membuatkan aku rasa sebahagian daripada mereka… tahniah Unit Amal kerana berjaya mengadakan program santai Amal ni…
Proses membogelkan ayam hahaha

Acara kopek durian bermula..

Friday, July 2, 2010

Hepi Besday To U Bro


Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan hidup kamu....
Allah selamatkan kamu...

Buat adik Zulkarnain Bin Abdullah Zawawi...
Semoga hidupmu sentiasa di bawah sinaran rahmat Allah...

Oooo dan 24 ek sekarang...
Dah tue hahaha...
Ske la adik afi tu... dia muda lagi... kita dah tua...
Emm ape2 pun semakin hari memang semakin tua kita ni... tak penah ada sorang pun dalam dunia ni setelah berlalu masa meninggalkan dia semakin muda jadinya...

Gunakan setiap ruang waktu yang masih tinggal untuk beribadah kepada Allah...

Hahaha macam baik sangat je ingatkan orang tapi itulah hakikatnya... walaupun kita ni jahat tak semestinya kita tak boleh saling nasihat-menasihati... mudah-mudahan nasihat ni abang yang akan laksanakan dahulu... yela awak tu lagi tua dari adik zul...

HEPI BESDAY TO YOU MY BROTHER.........

Mari Mari... Pekena Roti Tisu Special

Bila tengok budak ni makan roti tisu yang besar bangat tu tetibe je aku rasa macam ngidam pulak...

Haha tu la roti tisu special yang aku makan kar Restoren kayu Nasi kandar kat Subang Jaya. Aus la yang beria-ria nak bawak aku makan kat situ... Time gambar ni diambil aku dah datang tuk kali ke dua dengan Aus dan zul...

Memang tak boleh dinafikan, memang sedap... ada madu, gula dan susu... hahaha kalau makan berdua mmg la tak abis...Aus dah siap ketagih lagi.. Asek nak roti tisu je... Harga leh tahan la. RM 6.80... Yang pasti mmg puas hati.

Hahaha saje je nak nyusahkan pakcik tu hantar makanan yang besar-besar

Tiga tray tu... Panjang tak panjang???