Thursday, December 23, 2010

SAAT KOMPUTER MULA DIPERKENALKAN


Aku taktau ni cite betul ke tak sebab aku pun copy dari orang lain... tapi leh la wat santai minda...

Jim Cartlon, seorang wartawan Wall Street Journal, baru-baru ini mengumpulkan keluhan dari pengguna komputer Amerika semasa di awal era komputer.

1. Compaq pernah mempertimbangkan untuk mengubah perintah “Press ANY Key” menjadi “Press ENTER Key” kerana banyak penggunanya yang telefon yang menanyakan dimana tombol “ANY” di keyboard.

2. AST Technical Support menerima laporan komplen kerana kesulitan menggunakan mouse. Semasa Techincal Support datang ke rumahnya, mereka menjumpai mouse tersebut tidak boleh digunakan… kerana masih berbungkus rapi di dalam plastiknya. Penggunanya (seorang wanita) takut dengan mouse (tikus) sehingga tidak berani mengeluarkannya dari dalam plastik. Takut diserang mouse komputer?

3. Di tahun 1980-an, ketika disket masih berukuran besar, Compaq pernah menerima keluhan seorang pengguna yang disketnya tidak boleh dibaca oleh drive-disk komputer. Setelah diselidiki, ternyata pengguna itu sebelumnya memasukkan disket ke dalam mesin taip dan menaip label yang tertampal di disket itu.

4. Sebuah keluhan lain dari pengguna AST yang mengatakan disket mereka terkena virus yang sukar dibersihkan. Petugas AST meminta orang itu mengirimkan copy disket yang terkena virus itu untuk diselidiki. Beberapa hari kemudian, petugas AST menerima fotostat disket dari pengguna tersebut.

5. Seorang pengguna DELL mengeluh dia tidak dapat mengirimkan fax via komputer.
Setelah diarahkan selama 40 minit melalui telefon, petugas DELL mendapati pengguna itu mencuba fax via komputer dengan cara memegang kertas yang akan di fax di depan monitor, sambil menekan tombol “SEND” di layar.

6. Seorang konsumen DELL lain mengeluh karena keyboard yang digunakannya sudah tidak berfungsi sejak dibersihkan. Ketika ditanya cara ida membersihkan keyboard, dia menjelaskan, “Saya mencuci dan menggosok semua bahagian keyboard dengan sabun, dan membilasnya dengan air, lalu menjemurnya.”

7. Seorang pengguna DELL marah-marah kerana tidak boleh menyalakan komputer yang baru dibelinya. “Semua sudah terpasang dengan baik.Tapi setiap kali saya tekan pedal kaki , tidak terjadi apa-apa.” Setelah diselidiki ternyata “pedal kaki” yang dimaksud orang itu adalah : mouse.

8. Seorang lagi pengguna DELL marah kerana komputer barunya tidak nyala.
Dia menjelaskan semua sudah terpasang dengan benar, dan ketika dia menunggu selama 20 minit, tidak terjadi apa-apa pada komputernya. Ketika teknisi DELL menanyakan apakah “power switch” sudah dinyalakan, dia balik bertanya, “Power switch apa?”

9. Berikut adalah tanya-jawab antara petugas Novell NetWire dengan seorang pembeli :

Penelefon : Hello, boleh bercakap dengan Tech Support?
Novell : Ya, boleh saya dibantu?
Penelefon : Tempat letak cawan di PC saya patah. Apa mungkin saya bisa menggantinya?
Novell : Tempat letak cawan? Apakah itu hadiah saat Anda membeli komputer?
Penelefon : Tidak. Tempat letak cawan ini sudah ada di komputer saya. Dan ketika saya meletakkan gelas saya di atasnya, tempat itu patah. Yang saya ketahui, di bahagian depan tempat itu ada tulisan “CD-ROM, 16X”.
(Saat itu juga, petugas Novell langsung mematikan telefon dan tertawa terbahak-bahak…)

Friday, December 17, 2010

Harussani Kasyaf???

Wah wah sekarang ni dah ada orang yang leh bace niat orang lain... Kat perak ada sorang kat kelantan sorang. Bila mana PRK Galas ari tu Mat Nor Deris leh nampak tangan setan kali ni Harusani leh bace niat zamri n Nizar...

Zamri pgg ancak takpe. Nizar pgg lilin syirik... Aku mmg respek la Harusani ni...



Mungkin pasni kalau Zamri minum todi pun boleh sebab niat dia baik.... Orang lain taktau apa niat dia minum tu... tapi Harussani tau...

Zaid Ibrahim Vs Anwar Ibrahim

Banyak benda aku nak komen sal zaid Ibrahim ni... Sebenarnya kita mmg dah nampak jelas apa yang dia nak... Gila jawatan.. semuaa orang nampak... Anwar je yang buta dan bodoh... Bukan dia tak kenal mamat tu tapi masih nak manje2kan dia... Tengok sekarang apa dah jadi... Ari tu bukan main puji sekarang bukan main keji...

Tapi tahniah kepada Zaid kerana cita2nya nak jadi presiden akhirnya tercapai...
PR jangan bersedih hati dengan kehilangan orang yang macam tu.. Dia tau yang dia takkan kemana tapi sebab ego di dada dia terpaksa...Buat apa sahaja...

Aku harap AKIM akan panjang umo.. kalau kita tengok semua parti yang Zaid joint akan bergaduh dan akan reda sebaik je dia kuar parti... tapi biarkan zaid dengan cita2nya...

Yang aku nak gebang ni pasal Anwar yang kemaruk nak jd PM... Orang kata dia pandai dan bijak tapi hakikatnya dia bodoh dan gopoh... hampa tengok la semua pimpinan BN yang ada nama bila masuk PKR dapat jawatan besar2.... Orang yang berjuang lama dalam PKR diketepikan... Tgk Zaid, Jefri Kitingan, Chua Jui Ming, yang lompat2 tu... semua tak kekal lama dengan PKR sebab percaturan Anwar... Bukan dia tak kenal latar belakang dorang tu... tapi sebab nak cepat naik so guna je la apa cara sekalipun.

Aku masih dengan pegangan Aku terima PKR hanya sebab tahaluf siasi dan wala' aku pada pimpinan Pas... Siapa anwar berbanding pimpinan Pas... malah bagi aku pimpinan muda DAP lagi bagus dari dia....

First Time Masuk Mahkamah


Khamis 16 Disember 2010 fiest time aku masuk ke dalam mahkamah.. walaupun hampir setahun aku keja dengan peguam sebelum ni... hahaha berdebar toksah cite la...

Kes tak bayar PTPTpu... PTPTN lawan Mohd Firdaus Bin Muhamad di Mahkamah Mejestret Parit Buntar jam 8.30 pagi... Macam biasa la aku yang berdedikasi ni kuar dari umah kul 7 pg lagi...

Ari tu banyak la jugak kes2 yang dibicarakan.. sebelum aku tu ada lebih kurang 10 kes lain termasuk curi moto, dadah, utang bank dan lain-lain... huhu takut n semakin mendebarkan... ada yang kene ikat jamin 5000 rggt la dan mcm2 lagi... nama aku lak kene panggil lebih kurang 9.00 am... Hampir2 aku nak masuk ke kandang orang salah... mana la aku nak tau kes macam aku tu dok kat luar je... hehehe

Pendakwa raya bangun n cakap, maaf peguam tak datang lagi, awak leh dok luar dulu. mahkamah berhenti rehat dan akan disambung sebentar lagi.... Huh celaka tul... wat aku suspen je...

Lama jugak aku tunggu untuk dipanggil semula... ye la dia tak bagi tempoh masa... tak senang duduk aku dibuatnya...

Pukul 10.15 baru aku dipanggil masuk ke dewan bersidang n nama aku sekali lg dipanggil... huhu aku mmg dah siap jawapan tuk jawab... mmg dah prepair ayat dah. siap ada note lg... datang la pendakwa raya yu mintak surat saman...

"Pihak PTPTN menuntut jumlah pinjaman ni dari kamu, Kamu setuju??" Katanya sambil tunjukkan jumlah yang dituntut... Aku just jawab YA... "OK settle nanti kamu bincang dengan PTPTN cara pembayaran." aku pun kuar....

macam sial dekat 2 jam aku tunggu bicara tak sampai 20 saat... korang kira la balik berapa patah perkataan je yang kitorang cakap... Aku datang jauh2 dari manjung hanya tuk sebut YA je.... hampeh... Pengajaran t uk korang... bayar la PTPTN walaupun sikit... jangan buang masa macam aku ni....