Tuesday, April 26, 2011

Tanjung Malim Bertukar YDP

Alhamdulillah, tak sia-sia aku mintak cuti tuk balik ke Tanjung Malim.

Sengaja aku hadir kali ini khas untuk ke Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tanjung Malim. Di tambah pula dengan ketidakdapathadiran aku pada AGM pemuda tempoh hari membuatkan aku melonjak-lonjak untuk terus hadir hingga ke akhir persidangan..

Abg Amin pernah bagitau aku tah ke mana dia nak pi pas abis pemuda ni dan kini dia dah tau mana hala tuju dia. Batton YDP sudah di diserah ke tangan hanya menunggu masa untuk memecut laju… Aku yakin YDP baru hadir dengan semangat yang baru dan harapan yang tinggi oleh anak-anak buah akan cuba sehabis baik untuk memajukan Pas kawasan…

Jika pemuda sudah mengemukakan plan 2 tahun yang berteraskan 3P (Pertambahan Ahli, Pentarbiyyahan dan Pilihanraya) pastinya ramai yang mengharap YDP baru akan membawa satu perubahan besar dalam merencanakan perjalanan Pas Tanjung Malim terutamanya dalam menghadapi PRU yang akan datang.

Para perwakilan sedang bermesyuarat

Jawatankuasa baru yang dipilih

2 Jam Dah Habis Pusing Pangkor

Huh sangat-sangat tak best. Tak dak apa pun kat Pangkor tu. Kalau aku jadi penghuni Pangkor mau mati kutu dibuatnya. Takdak apa yang menarik kecuali mat2 saleh yang berjemur di pantai pangkor hee….tapi ri tu tak jumpak pun mana2 mat saleh...

Kalau ada yang ngajak aku ke sana tuk bercuti lg mati idup semula pun aku tak sudi. Bagi aku bek lepak di Teluk batik.. Sekurang2nya selamat RM10 tuk tambang feri dan duit tuk sewa Van. Ritu aku bawak moto abis la jugak RM16 tuk tambang feri…

Hanya 2 jam diperlukan utk pusing pangkor nek moto. Tu pun sempat la singgah2 kat Kota Belanda dan 2 3 tempat tuk amek gambar. Pastu just lepak Kat Teluk Nipah je. Aku pun taktau nak cite ape sal pangkor hahahaha…..

Time kat Kota Belanda.. Huhu

Ini gambar kat mane tah. Kira sempat la brenti tepi jalan amek gambar..

Sempat la mandi manda kat Teluk Nipah. Yang bestnya air dia cantik, jernih dan tak ramai orang. ari tu kitorang berdua je. naik segan pun ada..

Thursday, April 21, 2011

Apa Khabar Tanjung Malim???

Haha Alhamdulillah aku dah apply cuti khas utk AGM Pas Tanjung Malim. InsyaAllah harap-harap kali ni aku akan sampai ke sana. At least tuk tgk2 apa yang patut...

Tanjung Malim AKU RINDU KAMUUUUU.....

Friday, April 15, 2011

Kisah Sebenar Kes Ustaz Pukul Budak

Assalamualaikum....

Rasanya kalian mesti dah tau kes ustaz pukul pelajar sampai mati di Perlis tu kan???? Sebelum korang salahkan ustaz tu, baik korang bace dulu artikel yang Yanie dapat dari mygamis.net ni....ini buka rekaan semata-mata tapi kisah benar...wakil gamis ni sendiri yang pergi berjumpa dengan keluarga mangsa.....

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.

(gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )

Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,
“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.

“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.

Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadian, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”

Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.

Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang.

( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporan forensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.
Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.

rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri

Debaran menunggu Esok: Kami Serah Segalanya Pada Allah



Ya Allah Kau kuatkan lah kami dalam mendepani ujian mu ini. Kalau kami menang kau permudahkanlah urusan kami dan tetapkan lah hati kami agar dapat menjalankan amanah ini sebaiknya. Dan andai kami tewas Kau damaikan lah hati kami dan kuatkan hati kami untuk terus Istiqamah di jalan mu...

Tahniah Lokman & Wahida

Lokman Hakim

Wahida

Tahniah buat NORWAHIDAH BT ZAINAL ABIDIN & LOKMAN HAKIM BIN HJ MOHAMAD JUNI yang akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Emm Mmg secocok dan sepadan. Tanya ja pada sapa pun mesti dorg akan cakap benda yang sama. ha kat bawah ni alamat dan tarikh2 penting tuk dorg berdua...

(Rumah Wahida)
Pada hari ahad, 29 Mei 2011 Bersamaan 25 Jamadil Akhir 1432H
Di alamat: 52 Kg Labu Kubung, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, PerakLOKMAN HAKIM BIN HJ

(Rumah Lokman)
Pada hari ahad, 5 Jun 2011 Bersamaan 3 Rejab 1432H
Di alamat: F16 Kampung Sungai Betul, 36100 Bagan Datoh, Perak

Buat anda berdua, ana doakan kalian bahagia selamanya. Jadikan perkahwinan ini pemangkin kepada peningkatan semangat juang dalam meninggikan syariat Allah. Amin...

Thursday, April 14, 2011

10 Artis Akan Ikut Jejak Bob Lokman

Kira-kira 10 lagi artis terkenal kini turut tertarik dan ingin mengikuti jejak langkah pelakon dan penulis lirik Bob Lokman menjalani hidup yang lebih baik dan menyokong perjuangan Islam dan politik yang dibawa PAS.

Artis-artis tersebut termasuk lelaki dan wanita dan termasuk yang terkenal dalam genre nyanyian, lawak, lahir dari Akademi Fantasia dan dari kategori pengarah.

Pelakon Bob Lokman ketika mendedahkan perkara itu menegaskan, mereka sekarang sememangnya sudah bersedia untuk mengikuti jejak langkahnya dan sedang berusaha memperdalami ajaran Islam menerusi kelas pengajian Islam yang diusahakan bersama rakan-rakannnya.

Menurut beliau, selain mengikuti kelas-kelas agama, artis-artis itu juga kini sudah seringkali mengikuti pengajian agama daripada tokoh-tokoh agama tanah air di beberapa buah masjid.

Katanya, selain mahu turut berubah kepada kehidupan lebih Islamik, artis-artis itu juga mahu turut berminat untuk terlibat dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Wednesday, April 13, 2011

PRN Sarawak: Pas Dah Menang

Biar pun tak dapat kerusi tapi sesungguhnya Pas dah menang kali ni. Menang sebelum sempat bertanding...

Sekadar gambar hiasan..

Kalau menang mana-mana kerusi Dun tu adalah bonus buat Pas tapi apa yang Pasti pas telah berjaya menembusi sarawak dengan menubuhkan beberapa cawangan baru disana. Bukan macam Parti melayu yanag sana tu.. Takot dan takde teloq. hee

Di Muara Tuang sekurang-kurangnya 5 Cawangan ditubuhkan dan di Sebuyau lak dah ada 6 penaja. Malah di Dun Sadong Jaya seramai 341 orang bekas ahli PPB telah sertai Pas dan menubuhkan 9 cawangan Pas Disana. Cuba bayang kalau setahun kita berkampung kat sana berapa banyak cawangan akan dapat ditubuhkan. Jangan2 leh kalah semenanjung. cuma apa yang pasti benih yang kita semai tu kita kena pastikan terus bercambah. Jangan Pas ni masing2 balik semenanjung dan tinggalkan benih2 tu melayu dan mati...

Abg Amin Lawyar Calon YDP

Ape-ape pun pertama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat Abg Amin dan DPPTM kerana jaga aku baik2 selama setahun aku berkhidmat dengan DPPTM.

Kali ni Abg Amin da tak layak untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda disebabkan faktor umur. Penah sekali time dia jumpak aku kat ofis dia macam mengadu dia taktau nak ke mana dah pas abis tempoh ketua pemuda nanti.. hahaha biasa lah, dia tak brapa ngam dengan orang2 kawasan. Orang muda/profesional mana sama pemikiran dengan golongan veteren. Bercakap dengan fakta. Yang veteren bercakap guna logik..

Tapi ape pun aku ucapkan tahniah buat pemuda yang telah mencalonkan Abg Amin sebagai YDP kawasan yang baru. Terus terang cakap aku setuju bebeno kalau dia jd YDP. Berbanding YDP yang ada sekarang ni Aku tengok Abg amin lebih terkehadapan dalam mendepani isu-isu yang ada. Aku suka cara dia. Dia mmg kaki bangkang tapi bila dah diputuskan dia akan ikut dan diam. takde nak ungkit dah...

Cuma macam cakap Cikgu Ghani ari tu kami leh tolong dia naik tapi dia kena la tolong diri sendiri jugak... Apa yang patut dia ubah tu paham2 la sendiri... Aku just cakap yang baik2 je. Yang tak brapa baik biarla kami je yang tau...

Buat yang terbaik Abg Amin, Saya akan undi dari jauh... Hahaha

Saturday, April 9, 2011

Friday, April 8, 2011

Kenali Calon Pas di Sarawak

Calon-calon PAS yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011

N22 SEBUYAU

Haji Adam bin Ahid, 62, seorang anak watan DUN Sebuyau merupakan Pesuruhjaya PAS Sarawak dan aktivis sepenuh masa untuk party'sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.

Di sini, Adam merupakan pemimpin yang dikenali ramai dan bergaul mesra dengan penduduk Cina and Iban. Dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini, Adam berdepan dengan perlawanan tiga penjuru berdepand dengan penyandang DUN Sebuyau, Julaihi Narawi (BN-PBB) and Ali bin Semsu, seorang calon bebas.

Pada tahun 2006, Sebuyau yang terletak di dalam kawasan parlimen Batang Lupar menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara Julaihi dan calon PKR, Mohamed Akek.

Julaihi yang memperolehi 3,748 undi menewaskan Akek, 1,300 undi dengan majoriti 2,448undi.

Statistik Pengundi Sebuyau:
Jumlah Pengundi: 8,042
Malay/Melanau: 64.26%
Chinese: 3.85%
Iban: 31.77%
Bidayuh: 0.11%


N24 BETING MARO

Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus seorang peguam berasal dari Sibu, sudahpun berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Ahmad, anak ketiga daripada tujuh adik beradik ialah seorang graduan Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kini juga merupakan penasihat undang-undang untuk PAS Sarawak.

Di Beting Maro, Ahmad akan berentap satu-lawan-satu menghadapi Razali Gapor dari BN-PBB.

Pada tahun 2006, Bolhassan Di @Ahmad, calon BN-PBB menewaskan calon PAS, Alem Din dengan mendapat 2,796 undi berbanding 1,901 undi.

Statistik Pengundi Beting Maro:
Jumlah Pengundi: 7,868
Malay/Melanau: 90.42%
Chinese: 1.47%
Iban: 8.11%


N20 SADONG JAYA

Di DUN ini, PAS sekali lagi mempertaruhkan seorang pemuda hebat, Abang Eddy Alyanni bin Abang Fauzi, 34 yang merupakan calon tunggal PAS pada pilihanraya umum 2008 yang lalu bertanding di Parlimen Batang Lupar, namun tewas di tangan calon BN-PBB, Rohani Abdul Karim.

Ketika ini, Eddy juga berkhidmat sebagai Ketua Pemuda PAS Sarawak dan Pengarah Pasti di Bumi Kenyalang ini.

Pada pilihanraya negeri ke sepuluh ini, Eddy akan berdepan dalam perlawanan tiga penjuru, berdepan dengan Aidel Lariwoo (BN-PBB) and Mahayudin Wahab, calon bebas.

Dalam PRN 2006, calon BN-PBB Wan Wahab Wan Sanusi dari BN-PBB menewaskan calon PKR, Plee Ling dengan majoriti 858 dengan mendapat 2,715 undi berbanding 1,857 undi yang diperoleh oleh Plee.

Statistik Pengundi Sadong Jaya:
Jumlah Pengundi: 7,656
Malay/Melanau: 82.84%
Chinese: 7.64%
Iban: 9.42%
Orang Ulu: 0.01%
Others: 0.09%


N15 MUARA TUANG

Noraini Hamzah, 49 berasal dari Kelantan sudah menetap di Sarawak untuk tiga dekad yang lalu selepas perkahwinannya dengan seorang anak watan Muara Tuang. Seorang ahli perniagaan, suri rumah separa masa dan sebagai seorang aktivis parti dengan baik.

Noraini merupakan bekas Ketua Penerangan PKR Sarawak sebelum beliau membuat keputusan untuk bersama PAS untuk meneruskan perjuangan rakyat. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak.

Untuk pilihanraya negeri Sarawak kali ini, Noraini akan menghadapi adik Ketua Menteri Sarawak, Ali Mahmud (BN-PBB) yang juga merupakan penyandang kepada DUN ini.
Pada 2006, Ali menang di DUN dengan mendapat 7.863 undi menewaskan calon PKR, Abang Ibrahim Abang Othman (1,536 undi) and calon bebas, Jong Nyuk Chan (415 undi).

Statistik Pengundi Muara Tuang:
Jumlah Pengundi: 18,820
Malay/Melanau: 52.65%
Chinese: 15.63%
Iban: 18.85%
Bidayuh: 11.45%
Others: 0.42%


N03 TANJONG DATU

Nani Sahari diberi kepercayaan oleh PAS untuk merampas kerusi DUN Tanjong Datu daripada penyandang kerusi ini, Adenan Satem daripada BN-PBB.

Nani, 42 berasal daripada Kampung Pula, Petrajaya, Sarawak merupakan seorang graduan UiTM pada tahun 1993.

Nani yang sekarangnya bertugas sebagai seorang pembantu klinik di Sarawak merupakan bekas Ketua Wanita PKR Sarawak pada tahun 2009 sebelum menyertai PAS tahun lalu.

Di DUN ini, Nani akan menghadapi satu lagi pertanding tiga penjuru berdepan dengan penyandang kerusi, Adenan and calon bebas, Gilbert Asson Kulong.

Pada tahun 2006, Adenan menang kerusi ini dengan mendapat 4,545 undi menewaskan Sobey Daud, PKR (409) dan Larry Dominic Linang, Bebas (357).

Statistik Pengundi Tanjong Datu:
Jumlah Pengundi: 7,936
Malay/Melanau: 53.06%
Chinese: 19.63%
Iban: 17.34%
Bidayuh: 9.97%

Wednesday, April 6, 2011

Ronda-Ronda KL

Huh dah buang tebiat agaknya. Takde keje dah la tu.. Alhamdulillah sempat aku g jalan2 kat KL n sekitar Putrajaya. Saje suka2. Tapi sempat la dating ngan Rozi n Raudhah kat Putrajaya tu… Pastu aku lepak usha belon udara kat tasik putrajaya tu… malam sebelum tu pulak lepak kat Dataran Merdeka. 1 tempat yang tak pernah aku pikir tuk jadikan tempat lepak hahaha…




Gambar time tengok belon


Lepak2 kat Dataran

3 AGM Dewan Pemuda

Alhamdulillah, banyak Dewan Pemuda Pas kawasan2 telah siap mengadakan mesyuarat agung masing2. Dan secara kebetulan ketiga-tiga dewan pemuda yang aku penah joint iaitu Parit Buntar, Tanjung Malim dan kini Lumut mengadakan AGM pada hari yang sama. So nak taknak terpaksa la aku buat keputusan… Hati ni nak sangat2 pi ke Tanjung Malim, tapi aku masih adalah ahli di cawangan Parit Abu Samah di dalam Kawasan Parit Buntar pada masa yang sama aku bekerja dalan kawasan Lumut…

Haha dan keputusan akhir yang aku buat adalah joint dengan kawasan Lumut yang mana aku masih tak berapa aktif disini… Jadi pas ni terpaksa la aku aktif2 kan diri disini.. AGM ari tu sebagai tapak je sebenarnya untuk aku lebih aktif di sini… Segala pengalaman bersama Parit Buntar dan Tanjung Malim akan aku curahkan disini..

Dan secara kebetulan pulak ketiga-tiga kawasan telah mendapat ketua baru. Parit Buntar, Dr Mahyudin mengantikan Cikgu Azmi, Abg Junaidin mengantikan lawyer Aminuddin yang sampai umur bersara wajib di Tanjung Malim manakala Ustaz Badrul mengetuai Pemuda Lumut setelah memangku jawatan tersebut hamper setahun. Tahniah dan takziah buat yang dilantik..
Ape2 pun selamat maju jaya kepada semua. Jangan lupa pimpinan kali ini merupakan pimpinan yang akan menerajui PRU yang ke13 di tempat masing-masing.

Ucapan perasmian Oleh Ustaz Aidil

Ketu pemuda baru Ustaz Bad memberi ucapan

AJK DPPKL yang baru

Antara perwakilan DPPKL yang hadir