Monday, September 26, 2011

Isu Hudud: Laksanakan...




Lepas satu satu lagi isu yang timbul. Tapi semuanya hanya satu matlamat. Nak menjahanamkan hubungan yang baik diantara anggota Pakatan Rakyat. Tengok isu ni macam yang terbaik yang dapat media korek. Cuba melaga-mengadu domba diantara pimpinan pakatan rakyat ditambah dengan komen-komen sinis orang-orang luar. Tapi yang pasti pimpinan UMNO hanya diam membisu. Tiada pegangan. Nak sokong memang tidak. Nak bantah takot dikatakan sama macam DAP/ So diam je la sambil senyum-senyum berkira-kira yang dorang akan menang pilihan raya. Hehhh.

Tapi apa yang pasti aku yakin pimpinan dalan Pas bukan bodoh. Dorang pastinya akan dapat menyelesaikan isu ini dengan bijaksana dan akan menampakkan lagi kematangan Pimpinan Pas dalam menangani isu ini.

Cuma bagi aku, aku sangat2 sokong kalau hudud ini diterapkan terus dalan Undang2 syariah bukan hanya di Kelantan malah di Malaysia.. Apa bukan muslim nak takut. Bukan dorang dihukum guna undang2 syariah pun.

Sunday, September 18, 2011

ISA: Habisla PR Takde Modal Dah...

Wah.. Najib dah umum tuk mansuh ISA dan beberapa akta yang lain...

Habis la modal pilihanraya PR pasni... Sme yang dalam buku jingga tu dah abis di buat oleh BN...

Nampaknya kalah teruk la PR dalam PRU ke 13 nanti... Hehehe

Mmg pandai najib ni... Agak2 dah kalah dalam isu sejarah dia korek modal lain untuk tutup lubang isu tu.. Nampaknya Mat sabu dah tak dapat liputan dah la pasni... Sekarang ni masa untuk juak2 UMNO jilat balik ludah dan muntah dorang time bantah Mansuh ISA dulu. Masa ni ISA la yang paling kejam tak macam 2 3 tahun lepas...

Tapi harus di ingat Najib just umum nak mansuh tapi belum mansuh lagi... JANGAN KENA TIPU DENGAN DORANG. Macam PPSMI sampai sekarang tak mansuh2 pun... Hahaha sori beb rakyat sekarang dah pandai menilai... Kami dah takkan tertipu lagi. Bagus la kalau mansuh tapi kami akan tetap tolak UMNO dalam PRU akan datang...

Saturday, September 10, 2011

Mengapa Laungkan Merdeka Kalau Tak Dijajah...


Hahaha puak2 Umno cuba sedaya upaya untuk bersihkan diri mereka dengan kenyataan2 yang semakin hari sebenarnya semakin menjerat tubuh mereka...

Cuba untuk menidakkan istilah polis penjajah (british) untuk kes polis Bukit Kepong, banjingan2 mereka cuba untuk mengubah sejarah lagi.

Tergelak aku bila tgk berita bilamana pakar kaji sejarah kononnya Profesor Dato Dr Zainal Kling mengatakan Tanah melayu tidak dijajah tetapi hanya dinaungi British. Hanya tempoh 2 tahun dikira dijajah ketika Malayan Union. Hanya P.Pinang Melaka dan singapura yang betul2 dijajah.

Maknanya Tunku Abdul Rahman bukan la bapa kemerdekaan. Sebenarnya dulu tu hanya sandiwara ja.. Menipu rakyat jelata. Ye la kita tak dijajah so macam mana leh merdeka??? Sapa yang merdekakan kita sebab tak dijajah... Sambutan ulang tahun setiap 31 Ogos tu Apa??? hahaha. Owh rupa-rupanya kita ditipu secara besar-besaran... Beria kecik2 dulu aku belari bawak bendera.. Patutla dah besar ni aku dah tak sambut merdeka.. Rupanya aku telah ditipu. KITA TAK DIJAJAH RUPANYA... Hahahaha

Sunday, September 4, 2011

Tukar Konsep???

Kekadang bila aku tengok balik tulisan aku ni dah takde cite sal hal2 siasah lagi dah.. banyak cite sal dunia aku sekarang ni... sal keje sal aktiviti harian...

Aku pun taktau nape aku dah tak minat nak menulis isu2 politik.. Padahal banyak isu besar yang bermain di minda... Cthnya Isu Mat sabu yang masih hangat...

Tapi tuan2 jangan salah sangka. Bukan aku menghilang diri tapi cuba untuk mencari posisi baru merangka strategi.. Aku tak mahu hilang dari perjuangan.. baru diuji dengan kerjaya sudah begini, kalau dengan rumah tangga aku taktau la pi kemana...

Doakan aku terus berdiri bersama sahabat-sahabat seperjuangan...

Times Up... Back To Work

Esok pagi aku nak bertolak balik ke Manjung semula... Walaupun masih lagi demam tapi demi tugas akan ku tempuh juga segala halangan mendatang... Hee

InyaAllah adik aku lak akan daftar di Upsi Rabu ni dalam jurusan Bahasa Melayu... Gudluck n blaja elok2... Makna nya kat rumah nanti tinggal la mak ayah dan adik bongsu aku. Bila pi sekolah, abah keje tinggal la mak aku sorang diri kat umah...

Teringat ari tu time tazkirah lepas sahur 2 minggu yang lepas, mak abah aku kaitkan atok aku yang makin uzur kat umah dorang tu... Sunyi menanti kunjungan anak menantu untuk berbual bicara. Ada yang datang adalah teman jika tiada hanya kebosanan yang bersamanya... itu baru didunia... Di kubur nanti kita juga akan begitu.. Pasti mengharap kunjungan doa dari anak cucu... Datang doa lega rasanya, jika tiada azab sensara...

Atok dan nenek aku. Time ni dorang sihat lagi..

Rasanya mak aku pun dah mula rasa macam tu. 3 tahun lepas bukan main nak hantar adik bongsu aku pi belajar di pondok Sungai Bakap.. Tapi sekarang bila tawarkan diri mak diam je... Kesian lak aku tengok...

Aku tak pasti apa aku nak buat.. Rasanya aku akan balik keje kat kampung jugak.. tapi mungkin ambil sedikit masa... InsyaAllah.. Mak Abah Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin...

Friday, September 2, 2011

Akhirnya....

Alhamdulillah pagi-pagi semalam (pagi raya ke 4)selepas solat subuh aku terus bergegas balik ke kampung... Selepas 11 shif (88jam) terperuk di ofis kene stanby..

Perit jugak keje sampai demam2. Ni pun tak Ok lagi..Tapi mujur la tak banyak breakdown LV mahupun MV.. 1 shif just 1 call.. lebih baik dari hari2 biasa...

Ucapan Aidulfitri Dari Perantauan

BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI