Wednesday, May 30, 2012

Dalam UMNO, Yang Bijak Menipu Rakyat



 
Bagi menyelamatkan Restoran yang paling sedap dan murah Sekinchan daripada dilelong pada hujung bulan ini, Jamal Pak Tongkol telah bertindak bijak lebih awal untuk memperbodohkan sekurang-kurangnya 1 juta rakyat Malaysia dengan tawaran keta Lomborghini bernilai RM2 juta dengan berbelanja di situ... Bagaimana caranya Pak Tongkol nak selamatkan seluruh restorannya??
Justeru, Jamal Pak Tongkol telah mengumpan potongan harga sebanyak 30% iaitu RM15 akan diberikan dari setiap pembelian yang bernilai RM50 di mana-mana cawangan Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) bayangkan jumlah yang Datuk Jamal ini akan kutip dari 150,000 orang yang menjadi sahabat kepada “Fanpage – BERSIH 4.0 Cintakan Keamanan” itu..

150,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM5,250,000

RM5.25 Juta itu adalah anggaran untung kasar..

Oleh kerana banyak pihak mengatakan harga ikan bakar di Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu mahal gila, kita anggap beliau memperolehi 40% keuntungan dari setiap jualan.

40% dari RM5.25 Juta ialah RM2.1 Juta..

Dengan meletakkan sebuah BMW 530 model 2005 yang bernilai RM225,000, beliau bakal mengaut keuntungan mencecah RM1.9 Juta..

Itu keuntungan yang dikaut beliau andaikata 150,000 berjaya dijadikan mangsa pembodohannya, bagaimana pula jika beliau Berjaya mendapatkan 1,000,000 mangsa.

1,000,000 mangsa yang tertarik dengan Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta yang ditawarkan sebagai hadiah utama cabutan bertuah.

1,000,000 orang didarabkan dengan RM35 = RM35,000,000

Untung kasarnya ialah RM35 Juta sahaja..

40% dari RM35 Juta pula ialah RM14 Juta..  bijak tak.?.. kedai selamat untung pun dapat....hahahahahaha.... aku bijak...korang bodoh piang....

Semakin Hampir Ke Putrajaya

Alhamdulillah..

Sekarang aku da kat kampung.. Semakin hampir untuk ke Himpunan Hijau ke Putrajaya.. dan pastinya semakin hampir ke Putrajaya itu sendiri..

Kali ini, Allah permudahkan laluan untuk aku bersama2 keluarga, sahabat handai dan seluruh penyokong keadilan bagi menjayakan serta meramaikan lagi himpunan tersebut..

InsyaAllah jika tiada halangan bersama adik bongsu aku, akan kami pijak stadium Aloq Staq nanti. Anak muda tengah bersemangat, akan ku cuba untuk jadi penyokongnya.. Sekurang2nya aku cuba latih adik aku ni untuk jadi pimpinan tuk ganti abah nanti..

Jadi Kaya??? Nak ke???

Kalau nak jadi kaya ini caranya..

1. Amalkan ayat seribu dinar (amalkan bukan hafal)
2. Banyakkan solat sunat Dhuha
3. Banyakkan sedekah

Kalau leh buat biarlah ikhlas bukan mengharap balasan semata2 kerana jika ikhlas akan dapat dua ganjaran iaitu rezeki yang Allah janji dan Rahmat yang Allah beri..

Teringat cite sal Murabbi aku masa di Kukum dulu, Ust Dr Jamnul Azhar Hj Mulkan.. Bila kami kata takdak duit nak buat tamrin terus dia panggil aku g ke kereta dia.. Aku ingat lagi ari tu ari khamis lebih kurang kul 6 petang.. Dia bagi pengisian sal pengorbanan.. Dia bagi kat aku RM500.. Ye la aku kan bendahari...

Minggu depannya time usrah dia datang lg.. Sambil berseloroh dia kata "hari tu Saya bukan taknak bagi hampa RM1000 tapi nanti saya tak larat nak kira duit.." Mlm tu saja dia dapat jual minyak Dhob dan Pil minda hampir RM5000. Dan2 Allah balas cash masa tak sampai 24jam... hebatnya kuasa sedekah..

Tu cerita dia. Ni cerita aku.. Allah tak bagi la kat aku duit cash tapi Allah bukak seluas2nya peluang untuk OT. Sampai tak lalu nak pulun.. Dan mungkin Allah hilangkan masalah2 yang ada.. Semuanya lancar..

Ingat kita sedekah 1 di jalan Allah, Allah akan balas 10 kali ganda... jangan sikitpun ada rasa kedekut sbb sedekahlah kunci untuk anda menjadi kaya...

Monday, May 14, 2012

Melayu UMNO Buat Benda Lucah Lagi


Ni yang buat kerja2 lucah ni tak lain tak bukan mesti orang-orang Melayu UMNO.. Itu la yang diajar oleh UMNO selama 66 tahun dia hidup. Memalukan betul.. Pi tayang punggung kat orang bukan Islam lak tu.. Apa motif aku pun taktau. Nak suruh orang liwat ka??? Ka depa pun menyokong LGBT?? Tanda sokongan kepada Ambiga dengan tema Liwatlah Punggung ku??? Bodo betoi... Malu aku malu... mana nak taruk muka aku ni..

Saturday, May 12, 2012

Hari-hari Adalah Hari Ibu


Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]

Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallammeminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?
Jahimah menjawab: “Ya.
Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”



Tanya kepada Ustaz Azhar Idrus, apakah hukum menyambut hari ibu?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ): Hari ibu ialah hari mother church atau ibu gereja kristian.. siapa yg nak sambut silakan... siapa yg rasa takut rosak akidahnya, sebab raikan hari besar kristian ini... jgn sambut!
Betul ke hari ibu haram di sambut?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ): begitulah kata setengah ulamak.. Nabi saw ajar kita mengingati ibu sepanjang masa..

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ): sebaiknya ikut cara islam yaitu sepanjang hari ingat kepada ibu yg byk jasanya kpd kita, bukan setahun sekali..

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ): hari ibu dan hari bapa ialah hari perayaan bukan Islam..kenapa kita mesti nak sambut juga? kenapa orang barat tak sambut awal muharram atau maulidur Rasul?


-Ustaz Azhar Idrus ( Original ):
Maksud sabda nabi s.a.w:
Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu sejangkal demi sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga.
Para sahabat nabi bertanya:
Wahai Rasulullah, apakah mereka itu orang-orang yahudi dan Nasrani?
Jawab baginda Rasulullah: Kalau bukan mereka, siapa lagi?
(Hadis riwayat Abu Said al Khudri )

Thursday, May 10, 2012

Ledakan Facebook Antara Pahala & Dosa: Mengupas Kekeliruan FB

Zaman ini, Facebook digunakan di mana sahaja, di rumah, di pejabat, perniagaan kecil, besar, NGO malah kerjaan sebuah negara juga menggunakan facebook. Daripada presiden sebuah negara, perdana menteri, artis sehingga pelajar sekolah sudah mahir menggunakan facebook.


Cuma golongan yang masih kurang menggunakan facebook adalah golongan agamawan. Antara Hujah yang diberikan: 
- Facebook adalah agen yahudi yang cuba menyesatkan umat Islam 
- Facebook ejen CIA 
- Facebook melalaikan 
- Facebook Mendedahkan diri kepada zina 
- Facebook mendedahkan aib diri sendiri 
- Dan banyak lagi 


Benarkah Dakwaan Begitu? Benarkah Facebook begitu jahat sehingga haram digunakan oleh umat Islam?? Tokoh terkenal, Dr Zaharuddin Abd Rahman menjawab persoalan ini dengan penuh hikmah dan rasional.

Haha aku ambik ayat ni di belakang buku yang baru aku beli ni.. buku yang sangat menarik mengupas isu temporari yang seringkali dibangkitkan oleh orang yang ragu2 berkenaan FB ni.. Dah 2 3 orang yang aku jumpa cuba untuk mempersoalkan hukum penggunaan FB bagi orang Islam. Yang terbaru dibangkitkan oleh adik junior poli pada perjumpaan yang lepas... So bila ternampak buku ni tadi hati terus tertarik untuk menelitinya.. Nak tulis satu2 tak larat so buat adik2 sila dapatkan buku ini.. InsyaAllah sedikit sebanyak kekeliruan akan terjawab..