Thursday, June 14, 2012

Biar Picture Berbicara- Sapa Hina Raja Melayu???


Perginya Seorang Murabbi

Perginya seorang Murabbi..
Walaupun tidak dikenali 
Tetapi kehilangannya tetap ditangisi..

Secara peribadinya aku tak pernah kenal atau bersua muka dengan Ayahanda Hj Yahya ni.. Tapi sebagai seorang ahli jemaah nama ni memang selalu didengari... Memang takdak sekelunit kenangan pun macam Arwah Ustaz Hassan Syukri tapi entah kenapa bila dapat tau kematiannya tetiba hati terasa sayu.. Mungkin itulah yang dirasai oleh semua ahli jemaah Islam SeMalaysia buat masa ni..


Allahyarham Tuan Guru Datuk Haji Yahya Othman meninggal dunia ketika berusia 73 tahun jam 6.15 bertarikh 14 Jun 2012. Masih menanti berita pemergian Ulama' Agung ini di kaca TV atau di laporan laman berita-berita terkini negara. Setakat jam 11 malam, hanya di Harakahdaily sahaja yang memaparkan berita pemergian arwah. Ya Allah. semoga dipermudahkan segalanya. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Artis meninggal diagung-agungkan, ulama' meninggal tiada siapa peduli.. bahkan ulama' itu sendiri,masyarakat tidak kenal.


AL-FATIHAH BUAT AYAHANDA MURABBI..

Monday, June 4, 2012

Antara 2 Bersih



Awek2 yang sokong BERSIH 3
Awek2 yang sokong BERSIH 4

Dalam dok belek2 gambar dalam blog orang tetibe je terpandang 2 gambar ni.. Aduyai tergugat iman tengok ni.. Kalau dah namanya UMNO kalau tak seksi mmg tak sah.. 

Tau la baju tu free, bagi seberapa ikhlas yang boleh tapi jangan la seksa makcik2 tu macam tu.. jangan la kasi saiz L.. tempah la saiz XXL.. dah macam ape aku tengok.. Adoi nak gelak tengoknye...

Orang yang cerdik mesti boleh fikir yang mana kehadirannya di taja yang mana pergi kerana kesedaran diri sendiri.. takkan la makcik2 tu saje2 beli baju saiz L.. Hik hik hik...







Antara Cerpen dan Lebuhraya Rakyat

Ni antara petikan dari satu cerpen yang aku suka baca masa kat KUKUM dulu.. boleh baca cerpen tersebut disini.. http://ukhwah.com/article.php?sid=2617


"Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita, keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... Saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan.


Perhatikan ayat yang telah digariskan.. Masa tu aku tak terpikir langsung bahawa kerajaan akan buka tander pada rakyat untuk tujuan pembangunan negara.. Otak waras aku time tu mmg tak pernah fikir langsung tetapi hari ni Kerajaan Kelantan telah mengubah pandangan aku 100%..

Lebuhraya rakyat yang dicanangkan akan menggunakan peruntukan yang dibiayai oleh rakyat sendiri.. MasyaAllah..

Dan tak mustahil suatu hari nanti perkara yang diceritakan dalam cerpen tersebut juga akan menjadi kenyataan..  Orang miskin akan memboloti pahala redha dan sabar..