Thursday, August 30, 2012

Himpunan Janji Bersih: Aku Di Sana

Alhamdulillah.

Akhirnya aku sampai juga ke Dataran MBI walaupun memang aku taktau langsung kat mana tempat tu. Tapi sesat la jugak sikit.

Bukan nak sambut merdeka pun. Tapi hadir aku di sana sebagai tanda sokongan kepada Gerakan Bersih dalam cubaan membersihkan sistem pilihanraya kita yang tah apa-apa ni.

Dan macam biasa himpunan2 macam ni merupakan majlis2 reunion para pencinta keadilan. Jumpa ramai la jugak. First skali jumpa Pak Ndak dan geng2 Tanjung Malim. Rindu rasanya kat pakcik-pakcik tu. Hj Salam, Hj Baharudin, Cikgu Nik, Abg Salim, Hj Napiah dan ramai lagi. Tak ketinggalan kawan2 Ipoh Timur dan Adik2 Junior Poli. Mana2 pun muka2 tu mesti ada. Tak pernah miss.

Merdeka!!!!!!!!!


Friday, August 17, 2012

Salam Lebaran

Assalamualaikum.

Ramadhan  yang penuh barakah akan melabuhkan diri sedikit waktu lagi..
Dan pastinya Aidil Fitri akan menyusul..
Dikesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon keampunan kepada semua sahabat dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini.

Mudah-mudahan Ramadhan yang berlalu pergi dengan terampunnya dosa-dosa dan berjaya mendapat ijezah hamba yang bertaqwa sepertimana yang Allah janjikan..
Dan mudah-mudahan Syawal yang mendatang menjadi penerus kepada legasi Ramadhan yang telah kita harungi.. Tambahkan amal kukuhkan iman..