Tuesday, December 31, 2013

2014 Tahun Sengsara

Alhamdulillah.  Ditahun baru ini saya sempat bersama isteri menghantar anak-anak didiknya ke sekolah berasrama Air Kuning Tapah. Sepatutnya 5 orang pelajar asli ni mendaftar namun kerana kesempitan hidup, seorang pelajar terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Walaupun saya masih belum mempunyai anak namun hari ini saya merasai betapa peritnya kehidupan hari ini. Seorang ibu hampir-hampir tidak membenarkan anaknya mendaftar. Alasannya datuknya tak mengizinkan cucunya ke asrama. Namun kami pasti itu hanya alasan sampingan. Alasan yang utama adalah beliau hanya ada RM60 sahajadi tangan pada ketika ini. Bagaimana mahu membayar yuran persekolahan. Namun setelah dipujuk akhirnya dia akur.

Semasa membeli buku saya sempat bersembang dengan ayah tunggal yang menghantar anak kembarnya disini. Perit katanya. Bekerja 1 jam perjalanan dari rumah. Terpaksa mencuci dan memasak sebelum berehat. Juga berkira-kira sama ada mahu menghantar atau tidak anak kembarnya itu.. Tapi Alhamdulillah demi melihat anaknya berjaya dia berkorban.

itu sebahagian kehidupan masyarakat asli. Sebenarnya disekeliling kita masih ramai lagi insan-insan sebegini. Lebih2 lagi di tahun baru yang mencabar ini. Segala keperluan harian naik serentak. Tarif elektrik, minyak , gula, tol dan pastinya bakal mengundang kenaikan harga bagi barangan dan perkhidmatan lainnya. Jangan lupa GST menunggu.

Apalah nasib kita bermenterikan menteri2 yang hanya tahu menjaga periuk nasi sendiri tetapi periuk nasi rakyat ditaburkan pasir.

No comments:

Post a Comment