Sunday, January 11, 2015

9 Bulan Berlalu Sepi

MasyaAllah, dalam tidak sedar telah 9 bulan berlalu selepas post terakhir aku dlm blog ni. Bermakna 9 bulan juga aku tidak berbloging. Bila bukak blog kawan-kawan seangkatan, semua blog juga telah lama bersawang. Lebih banyak sawang nya dari blog aku.

Nak kata susah nak akses, sekarang ni teknologi betul2 dalam genggaman, henset semua dah canggih2. Mustahil kerana itu. Tapi disebabkan kemalasan dan mungkin bagi aku kini menulis bukan lg satu2nya cara mencari sakinah sebagaimana yg aku nyatakan dalam first posting aku, rasanya itulah punca utama.

Sebenarnya selalu jugak terdetik dikepala untuk update blog dengan perbagai isu yg timbul seperti pasma, peluk anjing dan sebagainya namun hati ini bagai ditahan sesuatu. Entah apa yg menahan.

Alhamdulillah aku dikurniakan isteri yg baik dan anak yg comel yg mana pada hari ini Allah telah kumpulkan kami di bumi Manjung yg bertuah ini. Dalam proses akhir untuk masuk ke istana cinta yg dah lama kami impikan.

Terima Kasih Allah atas semua ini..

No comments:

Post a Comment